Friday 25 April 2014

PANDUAN PENGISIAN BORANG PJ - 1(K) DAN PJ - 1(B)

PENTING : Pastikan komputer/perkakasan sentiasa mempunyai hubungan (connection) dengan internet semasa pengisian data.

Langkah 1 :

Layari laman segamatscouts.blogspot.com dan klik pada label PENDAFTARAN.




Langkah 2 :

Baca arahan yang tertera


Langkah 3 :

Klik pada KOD sekolah untuk memulakan pengisian maklumat


Langkah 4 :

Lengkapkan maklumat pada 'sheet' info. (Maklumat akan disimpan terus tanpa butang simpan 'save')



Langkah 5 :

Lengkapkan maklumat pada 'sheet' Borang Kawalan iaitu Borang PJ - 1 ( K ).
(Maklumat akan disimpan terus tanpa butang simpan 'save')




Langkah 6 :

Lengkapkan maklumat pada 'sheet' Rumusan Bayaran iaitu Borang PJ - 1 ( B ).
(Maklumat akan disimpan terus tanpa butang simpan 'save')



Langkah 7 :

Setelah maklumat dilengkapkan, sila muat turun dan cetak borang tersebut.
(Fail akan dimuat turun dengan format *.pdf, sila gunakan pdf reader seperti Adobe Reader, Nitro Pdf atau lain-lain)

Cetakan yang diperlukan :

1. Info
2. Borang Kawalan. (muka surat yang mengandungi maklumat sahaja)
3. Rumusan Bayaran.









Friday 18 April 2014

Blog Terkini PPM Segamat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada semua warga PPM Segamat.

Blog ini merupakan laman rujukan terkini bagi PPM Segamat. Sehubungan itu, segala maklumat berkaitan PPM Segamat akan disalurkan melalui laman ini. 

Sekian, untuk makluman.

Wednesday 16 April 2014

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUN 2014

Pendaftaran Tahunan Keahlian PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:


Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII
Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri dan pegawai-pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2014 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
a.      Kumpulan: RM 10.00
b.      Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja: RM   3.00
c.      Ahli Pengakap Kelana : RM   5.00
d.      Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM   5.00   


Sila rujuk halaman PENDAFTARAN

KENALI KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR : TN HJ YAACOB A KARIM


 Tuan Haji Yaacob bin A Karim
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor

" Auranya, menjadi Pemangkin Pergerakan Pengakap Johor "

Dilahirkan pada 15 November 1945. Alamat rumah N0. 14, Jln. Mustaffa, 8300 Batu Pahat, Johor.Mendapat Ijazah Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (Bimbingan dan Kaunseling) pada 1987. Di antara pengalaman bekerja beliau ialah Ketua jabatan Hal Ehwal Pelajar di MP Batu Pahat (1996-2000), Pensyarah Cemerlang MP Batu Pahat (1997-2000) dan menjadi guru sekolah dari 1968- 1992.


Jawatan dalam pergerakan pengakap – Pemimpin Pengakap Sek. Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat (1965), Pemimpin Kumpulan Sek. Men. Semerah, Batu Pahat (1968), Pen. PJ Daerah Semerah (1971), Pesuruhjaya Daerah Semerah (1976), Pen. PJ. KLKM UPM (1983), Pen. PJ Negeri (Kelana) (1987), PJ Maktab Perguruan Batu Pahat (1993), Pen. PJ. Negeri MPKLMBPG Zon Selatan (1996),Pen. PJ. Negeri Johor (Latihan (2000), Ketua PJ Negeri Johor (2005) hingga kini.


Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia: Jurulatih Antarabangsa (1996), PPB (1974), Timbal PPB (1979), PPL (1982), PPS (1992), PPC (2001), Semangat Rimba Perak (2005), Semangat Rimba Kelas 1 (Emas) (2009), Pingat 100 tahun Pengakap Malaysia (2009) dan Pingat Jasa Pengakap (2010).

Anugerah Kerajaan Malaysia: Ahli Mangku Negara (1999)
Anugerah Kerajaan Johor: Pingat Ibrahim Sultan (1988) dan Pingat Lama dan Baik (2000).
Anugerah Pramuka Indonesia: Pingat Tunas Melati (2008).
Anugerah PPM Johor: Tokoh Pengakap Johor.
Anugerah PPM Melaka: Anugerah Presiden (2006) dan Anugerah Gemilang Presiden (2009).
Anugerah Kementerian Pelajaran Malaysia: Perkhidmatan Cemerlang (1996) dan Tokoh Guru Daerah Batu Pahat (2010).


Anugerah Kerajaan Malaysia: Ahli Mangku Negara (1999)


 Anugerah Kerajaan Johor: Pingat Ibrahim Sultan (1988)


Anugerah Kerajaan Johor : Pingat Lama dan Baik (2000)


Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia : 
Pingat Semangat Rimba Kelas 1 (Emas) (2009)


 Anugerah Pramuka Indonesia : Pingat Tunas Melati (2008)

 

Anugerah dari Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena 100 tahun Kepengakapan di Malaysia

 

 Tokoh Guru Daerah Batu Pahat (2010).


Menerima Sijil Penghargaan selaku Pengarah Kursus Protokol dan Istiadat 2011


Sepasang pelancong asing singgah di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh semasa misi jelajah Semenanjung Malaysia menaiki caravan.

Penglibatan di peringkat antarabangsa adalah Brunei Rover Moot (2007), Jambori Pengakap Sedunia di Highland Park Chemsford, United Kingdom (2007), Jambori Kebangsaan Thailand (1985, 1987, 1993 dan 1995) sebagai Ketua Kontinjen Malaysia, Jambori Kebangsaan Indonesia (1991, 2000, 2001, 2006, 2008, 2010) sebagai Ketua Kontinjen Malaysia.
Bersama isteri tercinta yang setia menyokong dari belakang.

Berita dipetik dari laman blog http://yusofalhaj.wordpress.com/
Disunting oleh rhah76@yahoo.com