Saturday 30 January 2016

BORANG BARU BAGI PENCALONAN TAULIAH SEBAGAI PESURUHJAYA DAN PENDAFTARAN PENGAKAP KELANA


BORANG PENTAULIAHAN SEBAGAI PESURUHJAYA  PPM 9

PENDAFTARAN PASUKAN PENGAKAP KELANA

PENDAFTARAN PENGAKAP 2016

PENDAFTARAN 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada semua pihak yang berkenaan, diminta mengambil perhatian terhadap proses pendaftaran tahun 2016.

Sila ikuti langkah berikut bagi melicinkan proses tersebut.

1. Muat turun borang yang dilampirkan :

    Borang Pendaftaran Pengakap 2016

    Borang Pendaftaran Kumpulan PPM 8

    Borang Tauliah Pemimpin PPM 9A 

    Borang Curriculum Vitae
    * (Borang 'curriculum vitae' diperlukan bersama-sama salinan Kad Keahlian, salinan Sijil 
    Manikayu dan Borang Tauliah Pemimpin(pemimpin) atau Borang Tauliah Pesuruhjaya 
    (adc/dc/asc). 

2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran.
3. Cetak borang pendaftaran dan serahkan (beserta bukti pembayaran) kepada 

    En. Yusri bin Hj Buang
    Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segamat
    D/A SK Batu Anam,
    85100 Segamat, Johor.
    ( Sms @ Whatsapp : 019 7728566 )

4. Emelkan borang (softcopy) ke 

    pengakapsegamat@gmail.com

5. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Saturday 18 April 2015

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 1 - PENGENALAN DAN PERINGKAT 1

Alhamdulillah. Kursus Kepimpinan Manikayu 1 telah berjaya dilaksanakan pada 16 - 18 April 2015. Seramai 56 orang peserta merangkumi Unit Pengakap Muda dan Kanak-kanak telah berjaya menamatkan sesi latihan dengan penglibatan daripada sekolah-sekolah dan wakil NGO.

Kursus ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan KPPD Segamat, En. Azman bin Adnan manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Bardin bin Uteh, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang mewakili Tn Hj Yaacob bin A. Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Terima kasih kepada semua pihak khususnya Pengerusi Unit Latihan Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Ibrahim bin Abdullah yang turut sama terlibat sepanjang kursus dijalankan. Juga kepada Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segamat, En. Ismail bin Hj Buang, Ketua kursus, Tuan Asrizal, para Jurulatih/pembimbing dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan Kursus Kepimpinan Manikayu 1.

Jumpa lagi di Kursus Kepimpinan Manikayu 3.1

"Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap"






Saturday 4 April 2015

MESYUARAT PELARASAN AJK KURSUS MANIK KAYU 1 DAERAH SEGAMAT

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pelarasan AJK kursus akan diadakan sepertimana butiran berikut :

Tarikh   : 9 April 2015
Masa    : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Batu Anam

Semua ajk diwajibkan hadir dan membuat pembentangan bidang masing-masing beserta kertas kerja/handout.

SENARAI PENDAFTARAN PESERTA KURSUS MANIK KAYU 1



Saturday 28 February 2015

Tuesday 10 February 2015

KURSUS MANIK KAYU 1

Kursus Manik Kayu 1 Persekutuan Pengakap Malaysia 

Tarikh : 16 - 18 April 2015.
Tempat : SK Batu Anam, Segamat.

Sila bersedia pada tarikh tersebut untuk sama-sama mendapat manfaat daripada program tersebut.